
Alhamdulillah, semalam 22 April 2026, pihak IBRAZ, USIM telah menerima kunjungan delegasi daripada Darul Quran, JAKIM dalam satu sesi perbincangan dan penyelarasan berkaitan kemasukan pelajar ke program Kursus Intensif Bahasa Arab.

Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk:
Memperkukuh jalinan kerjasama sedia ada
Menyelaraskan laluan kemasukan pelajar
Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program

Semoga usaha ini terus membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar dalam memperkasa penguasaan Bahasa Arab serta melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih diucapkan atas kunjungan dan komitmen yang diberikan.
#IBRAZUSIM#DarulQuranJAKIM#KerjasamaStrategik#BahasaArab#AlAzhar


Leave a Reply