Author: webmaster

  • Majlis Perasmian Kursus Intensif Bahasa Arab Program Pelajar Cemerlang KPM 2026

    Majlis Perasmian Kursus Intensif Bahasa Arab Program Pelajar Cemerlang KPM 2026

    Majlis Perasmian Program KIBA PPC 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Jun 2026 bertempat di Dewan Utama FPBU, USIM.

    Para peserta berpeluang mengikuti beberapa sesi taklimat penting yang disampaikan oleh wakil-wakil institusi dan agensi berkaitan, antaranya:

    βœ… Taklimat Pengenalan IBRAZ

    βœ… Taklimat Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia

    βœ… Taklimat Bahagian Tajaan Program (BTP)

    βœ… Taklimat Program oleh pihak penganjur

    Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Pengarah IBRAZ, Dr. Hj. Sulaiman Ismail, sebelum diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar sebagai kenangan.

    Semoga program ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memberi pendedahan, maklumat dan persediaan kepada para peserta untuk melangkah ke fasa pengajian yang seterusnya.

    Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

    #IBRAZ#USIM#MajlisPerasmian#KPM

  • Ahlan Wa Sahlan Pelajar KIBA PPC KPM

    Ahlan Wa Sahlan Pelajar KIBA PPC KPM

    Alhamdulillah, hari ini hampir 50 orang pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan melanjutkan pengajian ke Jordan dan Mesir di bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC) telah hadir mendaftar di penginapan sebagai persediaan awal sebelum majlis perasmian yang telah dijadualkan berlangsung pada 3 Jun 2026.

    Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih. Semoga kursus intensif selama 3 bulan ini menjadi pemangkin semangat dan platform terbaik untuk menguasai Bahasa Arab, sekali gus membina keyakinan serta persediaan yang mantap sebelum melangkah ke bumi Timur Tengah.

    Semoga perjalanan menuntut ilmu ini dipermudahkan, diberkati dan membuahkan kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

    Selamat maju jaya kepada semua peserta! 🌟

  • Sekitar Persiapan Program Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) PPC KPM

    Sekitar Persiapan Program Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) PPC KPM

    Kurang beberapa hari sahaja lagi sebelum Program KIBA PPC KPM membuka tirainya pada 2 Jun ini.

    Di pihak IBRAZ, pelbagai persiapan sedang giat dilaksanakan bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan memberikan pengalaman pembelajaran yang terbaik kepada semua peserta.

    • Modul-modul program sedang dimuktamadkan
    • Perjalanan program sedang disusun dengan teliti
    • Urusan pengurusan dan penyelarasan pelajar sedang diperkemas

    Setiap aspek sedang dirancang rapi demi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung

    Semangat semakin terasa apabila tarikh program semakin hampir. Kami tidak sabar untuk menyambut kehadiran para pelajar dan memulakan perjalanan ilmu yang penuh bermakna bersama-sama.

    Jumpa anda di sini!

  • Imtihan Tahdid Mustawa Bil.4/2026

    Imtihan Tahdid Mustawa Bil.4/2026

    IBRAZ telah berjaya melaksanakan Imtihan Tahdid Mustawa Bilangan 4/ 2026 dengan jayanya. Seramai kira-kira 150 orang pelajar telah mengambil bahagian, melibatkan 4 pusat ujian di Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Sarawak.

    Semoga segala usaha dan pengorbanan para pelajar membuahkan hasil yang cemerlang. Didoakan agar semua peserta memperoleh keputusan terbaik sebagai langkah awal sebelum memulakan kursus seterusnya.

    Teruskan melangkah dengan semangat dan istiqamah

    Kepada yang berminat untuk ke Al-Azhar, jangan lupa daftar ITM bila iklan dibuka nanti!

  • Lawatan Kerjasama Darul Quran JAKIM ke IBRAZ USIM

    Lawatan Kerjasama Darul Quran JAKIM ke IBRAZ USIM

    Alhamdulillah, semalam 22 April 2026, pihak IBRAZ, USIM telah menerima kunjungan delegasi daripada Darul Quran, JAKIM dalam satu sesi perbincangan dan penyelarasan berkaitan kemasukan pelajar ke program Kursus Intensif Bahasa Arab.

    Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk:

    • 🀝 Memperkukuh jalinan kerjasama sedia ada
    • πŸ“š Menyelaraskan laluan kemasukan pelajar
    • 🎯 Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program

    Semoga usaha ini terus membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar dalam memperkasa penguasaan Bahasa Arab serta melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

    Terima kasih diucapkan atas kunjungan dan komitmen yang diberikan.

    #IBRAZUSIM#DarulQuranJAKIM#KerjasamaStrategik#BahasaArab#AlAzhar

  • Sekitar Bengkel Imtihan Tahdid Mustawa 4.0

    Sekitar Bengkel Imtihan Tahdid Mustawa 4.0

    Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Imtihan Tahdid Mustawa 4.0 pada 22 April 2026 yang lalu secara dalam talian. Bengkel ini dijalankan secara PERCUMA kepada semua pelajar yang telah berdaftar dengan IBRAZ.

    Bengkel ini memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan:

    • Pengenalan Imtihan Tahdid Mustawa
    • Panduan menjawab soalan dengan berkesan
    • Tips dan strategi menghadapi peperiksaan

    Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Dr. Hossam Ataallah Elsaeid Ataallah, atas perkongsian yang sangat bermanfaat serta kepada semua peserta yang turut serta dengan penuh komitmen.

  • Lawatan Tapak ke Pusat Bina Semangat, Pasir Panjang

    Lawatan Tapak ke Pusat Bina Semangat, Pasir Panjang

    IBRAZ telah mengadakan lawatan ke Pusat Bina Semangat, Pasir Panjang, Port Dickson bagi meninjau potensi kawasan tersebut untuk dijadikan lokasi pelaksanaan Kem Perkhemahan Bahasa Arab, khusus bagi para pelajar yang mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab.

    Lawatan ini bertujuan untuk memastikan kesesuaian fasiliti dan persekitaran dalam menyokong pelaksanaan program yang berorientasikan pembelajaran bahasa secara lebih interaktif dan praktikal. Pihak IBRAZ berharap agar inisiatif ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran Bahasa Arab yang lebih hidup, dinamik dan berbeza daripada pendekatan konvensional di dalam bilik darjah.

    Melalui program seperti ini, para pelajar berpeluang mengaplikasikan kemahiran bahasa dalam konteks sebenar, seterusnya meningkatkan keyakinan serta penguasaan Bahasa Arab secara menyeluruh.

    Semoga usaha ini memberi impak positif dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dan kompeten dalam Bahasa Arab.

  • Kerjasama Termetrai antara IBRAZ dan Namida Holdings Sdn Bhd

    Kerjasama Termetrai antara IBRAZ dan Namida Holdings Sdn Bhd

    Pada Isnin, 20 April 2026, pihak IBRAZ telah menandatangani Letter of Intent (LoI) bersama pihak Namida Holdings bagi menjayakan kerjasama pelaksanaan program antara kedua-dua pihak.

    Kerjasama ini dilaksanakan sebagai persediaan awal bagi menghadapi pelbagai program pengukuhan bahasa Arab yang akan dianjurkan oleh IBRAZ antaranya pada bulan Jun Kursus Intensif Bahasa Arab di bawah Program Pelajar Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Selain itu, Kursus Intensif Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar di bawah tajaan Bank Rakyat turut akan dilaksanakan pada bulan Julai. Pada bulan Ogos, dijangka pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga akan melaksanakan kursus intensif Bahasa Arab bersama IBRAZ

    Kerjasama ini diharap dapat memperluas lagi jaringan strategik serta memperkasa pelaksanaan program Bahasa Arab pada masa akan datang.

  • Imtihan Tahdid Mustawa Bil.3/2026

    Imtihan Tahdid Mustawa Bil.3/2026

    Imtihan Tahdid Mustawa Bil.3/2026 telah selesai dengan jayanya pada 15 April 2026 lalu dengan kehadiran pelbagai latar belakang pelajar.

    Ujian pada kali ini melibatkan 4 buah pusat ujian termasuk USIM iaitu di Pekan, Pahang; Kota Bharu, Kelantan dan Kuching, Sarawak.

    Semoga para pelajar yang mendaftar dan mengikuti ITM pada kali ini diberikan semangat untuk menjalani kursus intensif bahasa Arab pula setelah mustawa masing-masing ditentukan nanti.

    Bittawfiq Wannajah!

  • Karnival Pendidikan @ Masjid Abu al-Darda’, Nilai Impian

    Karnival Pendidikan @ Masjid Abu al-Darda’, Nilai Impian

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Masjid Abu Al-Darda’ Nilai Impian atas jemputan kepada pihak IBRAZ bagi mengisi slot perkongsian berkaitan pengajian Bahasa Arab sebagai persediaan ke Al-Azhar.

    IBRAZ telah diwakili oleh penyelaras, Dr. Wan Muhammad Shaker Wan Adnan dan adinda Ahmad Muhsein, pelajar LatihanIndustri di IBRAZ yang telah berkongsi mengenai proses pendaftaran serta kelebihan menyertai program di bawah IBRAZ.

    MNarilah ikuti kursus bahasa Arab bersama IBRAZ sebagai jalan menuju kejayaan anda!

    #IBRAZ #PengajianBahasaArab #AlAzhar #Pendidikan