Category: Buletin

  • Lawatan Tapak ke Pusat Bina Semangat, Pasir Panjang

    Lawatan Tapak ke Pusat Bina Semangat, Pasir Panjang

    IBRAZ telah mengadakan lawatan ke Pusat Bina Semangat, Pasir Panjang, Port Dickson bagi meninjau potensi kawasan tersebut untuk dijadikan lokasi pelaksanaan Kem Perkhemahan Bahasa Arab, khusus bagi para pelajar yang mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab.

    Lawatan ini bertujuan untuk memastikan kesesuaian fasiliti dan persekitaran dalam menyokong pelaksanaan program yang berorientasikan pembelajaran bahasa secara lebih interaktif dan praktikal. Pihak IBRAZ berharap agar inisiatif ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran Bahasa Arab yang lebih hidup, dinamik dan berbeza daripada pendekatan konvensional di dalam bilik darjah.

    Melalui program seperti ini, para pelajar berpeluang mengaplikasikan kemahiran bahasa dalam konteks sebenar, seterusnya meningkatkan keyakinan serta penguasaan Bahasa Arab secara menyeluruh.

    Semoga usaha ini memberi impak positif dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dan kompeten dalam Bahasa Arab.

  • Kerjasama Termetrai antara IBRAZ dan Namida Holdings Sdn Bhd

    Kerjasama Termetrai antara IBRAZ dan Namida Holdings Sdn Bhd

    Pada Isnin, 20 April 2026, pihak IBRAZ telah menandatangani Letter of Intent (LoI) bersama pihak Namida Holdings bagi menjayakan kerjasama pelaksanaan program antara kedua-dua pihak.

    Kerjasama ini dilaksanakan sebagai persediaan awal bagi menghadapi pelbagai program pengukuhan bahasa Arab yang akan dianjurkan oleh IBRAZ antaranya pada bulan Jun Kursus Intensif Bahasa Arab di bawah Program Pelajar Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Selain itu, Kursus Intensif Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar di bawah tajaan Bank Rakyat turut akan dilaksanakan pada bulan Julai. Pada bulan Ogos, dijangka pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga akan melaksanakan kursus intensif Bahasa Arab bersama IBRAZ

    Kerjasama ini diharap dapat memperluas lagi jaringan strategik serta memperkasa pelaksanaan program Bahasa Arab pada masa akan datang.

  • Imtihan Tahdid Mustawa Bil.3/2026

    Imtihan Tahdid Mustawa Bil.3/2026

    Imtihan Tahdid Mustawa Bil.3/2026 telah selesai dengan jayanya pada 15 April 2026 lalu dengan kehadiran pelbagai latar belakang pelajar.

    Ujian pada kali ini melibatkan 4 buah pusat ujian termasuk USIM iaitu di Pekan, Pahang; Kota Bharu, Kelantan dan Kuching, Sarawak.

    Semoga para pelajar yang mendaftar dan mengikuti ITM pada kali ini diberikan semangat untuk menjalani kursus intensif bahasa Arab pula setelah mustawa masing-masing ditentukan nanti.

    Bittawfiq Wannajah!

  • Karnival Pendidikan @ Masjid Abu al-Darda’, Nilai Impian

    Karnival Pendidikan @ Masjid Abu al-Darda’, Nilai Impian

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Masjid Abu Al-Darda’ Nilai Impian atas jemputan kepada pihak IBRAZ bagi mengisi slot perkongsian berkaitan pengajian Bahasa Arab sebagai persediaan ke Al-Azhar.

    IBRAZ telah diwakili oleh penyelaras, Dr. Wan Muhammad Shaker Wan Adnan dan adinda Ahmad Muhsein, pelajar LatihanIndustri di IBRAZ yang telah berkongsi mengenai proses pendaftaran serta kelebihan menyertai program di bawah IBRAZ.

    MNarilah ikuti kursus bahasa Arab bersama IBRAZ sebagai jalan menuju kejayaan anda!

    #IBRAZ #PengajianBahasaArab #AlAzhar #Pendidikan

  • Imtihan Akhir Mustawa Kohot 1/2026

    Imtihan Akhir Mustawa Kohot 1/2026

    Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar Kohort 1/ 2026 yang telah berjaya menduduki Imtihan Akhir Mustawa pada 18 Februari yang lalu.

    Semoga segala usaha, pengorbanan dan doa kalian membuahkan hasil yang terbaik

  • Bengkel Hala Tuju IBRAZ 2026

    Bengkel Hala Tuju IBRAZ 2026

    Bengkel Hala Tuju IBRAZ telah berjaya dilaksanakan pada 19–21 Disember 2025 bertempat di Quest Hotel Midport, Port Dickson. Bengkel ini menghimpunkan barisan kepimpinan IBRAZ yang terdiri daripada pengarah, penyelaras serta wakil pentadbiran bagi memperkukuh perancangan strategik organisasi.

    Sepanjang bengkel ini, perbincangan tertumpu kepada agenda utama bagi tahun 2026 dan hala tuju IBRAZ seterusnya. Antara fokus utama yang dibincangkan ialah penstrukturan organisasi, fungsi jawatan, penetapan KPI 2026, perancangan belanjawan serta penyediaan takwim tahunan yang lebih tersusun dan berimpak.

    Secara keseluruhan, bengkel ini berjalan dengan lancar, produktif dan penuh komitmen, sekali gus mencerminkan kesepaduan pasukan dalam memastikan IBRAZ terus bergerak ke hadapan secara strategik dan mampan. Semoga segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan dengan jayanya demi kecemerlangan IBRAZ pada masa akan datang.

    #IBRAZUSIM

  • Bengkel Persediaan Imtihan Tahdid Mustawa

    Bengkel Persediaan Imtihan Tahdid Mustawa

    Bengkel Persediaan Imtihan Tahdid Mustawa telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada Jumaat lalu dengan penyertaan yang amat menggalakkan. Program ini dianjurkan sebagai inisiatif persediaan awal bagi calon-calon yang bakal menduduki Imtihan Tahdid Mustawa, selaras dengan manhaj Markaz al-Tatwir, Universiti al-Azhar, Mesir.

    Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Hossam Ataallah Elsaid Ataallah, seorang pembimbing berpengalaman dalam pengendalian Imtihan Tahdid Mustawa. Para peserta didedahkan dengan pengenalan menyeluruh terhadap format dan keperluan peperiksaan, di samping perkongsian tips serta kaedah menjawab soalan secara berkesan.

    Diharapkan program ini dapat memberi manfaat yang signifikan dan meningkatkan tahap keyakinan serta kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi imtihan yang akan datang.

    #IBRAZUSIM

  • Imtihan Akhir Mustawa Kohot Pertama Siri ke-2

    Imtihan Akhir Mustawa Kohot Pertama Siri ke-2

    Institut Pengajian Bahasa Arab USIM (IBRAZ) dengan kerjasama Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar telah berjaya melaksanakan Imtihan Akhir Mustawa bagi kohort pertama untuk kali kedua.

    Semoga semua peserta memperoleh keputusan yang cemerlang dan dapat meneruskan ke tahap seterusnya, khususnya bagi yang masih belum melengkapkan keenam-enam peringkat kursus Bahasa Arab di IBRAZ.

  • Jalinan Kerjasama Strategik IBRAZ-JPT

    Jalinan Kerjasama Strategik IBRAZ-JPT

    Pada 8 Julai 2025, Institut Pengajian Bahasa Arab USIM (IBRAZ) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, bertempat di Putrajaya.

    Pertemuan yang dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi serta wakil-wakil JPT ini telah membuka ruang yang sangat bermakna dalam membincangkan potensi kerjasama strategik antara IBRAZ dan pihak JPT, khususnya dalam:

    • Memperluas promosi kursus bahasa Arab IBRAZ di peringkat nasional dan antarabangsa.
    • Menyokong usaha pembangunan kursus Bahasa Arab untuk pegawai KPT ke Timur Tengah.
    • Mencari ruang untuk mengisi program Akademi Kenegaraan Malaysia.

    Pihak JPT turut menyatakan komitmen tinggi dalam membantu IBRAZ meneroka peluang-peluang baharu termasuk dalam bidang edutourism serta penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan antarabangsa.

    IBRAZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPT atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam usaha memperkasa pendidikan Bahasa Arab di Malaysia dan peringkat global.

  • Imtihan Tahdid Mustawa Bil.2/2025

    Imtihan Tahdid Mustawa Bil.2/2025

    Alhamdulillah, jumlah penyertaan pada kali ini mencatatkan peningkatan yang sangat membanggakan, dengan hampir 160 orang pelajar terlibat, iaitu hampir dua kali ganda berbanding siri pertama sebelum ini.

    Kami mendoakan agar semua calon diberikan keputusan yang cemerlang dan terus bersemangat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada kecemerlangan ilmu dan pembinaan sahsiah unggul dalam kalangan generasi muda.

    IBRAZ turut berharap agar lebih ramai pelajar akan menyertai imtihan ini pada sesi yang akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran ini.