Category: Buletin

  • Diskusi Dua Hala Antara IBRAZ dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang

    Diskusi Dua Hala Antara IBRAZ dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang

    Pada 23 Mei 2025 (Jumaat) yang lalu, Institut Pengajian Bahasa Arab USIM (IBRAZ) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang bagi mengadakan satu sesi diskusi ilmiah yang membina.

    Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di pejabat utama IBRAZ, USIM ini bertujuan untuk memperincikan maklumat berkaitan kursus Bahasa Arab serta pelaksanaan Imtihan Tahdid Mustawa (Peperiksaan Penentuan Tahap) yang ditawarkan oleh pihak IBRAZ.

    Diskusi ini membuka ruang kerjasama strategik dalam memperkukuh kefahaman pelajar terhadap Bahasa Arab serta mempersiapkan mereka dengan tahap penguasaan bahasa yang bersesuaian sebelum melangkah ke timur tengah.

    IBRAZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Maahad Turath untuk hadir dan berharap jalinan ini akan terus berkembang demi manfaat pendidikan Bahasa Arab di Malaysia.

  • IBRAZ Jalin Hubungan Kerjasama Strategik Bersama MARA

    IBRAZ Jalin Hubungan Kerjasama Strategik Bersama MARA

    Pada 19 Mei yang lalu, Institut Pengajian Bahasa Arab USIM (IBRAZ) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat MARA bagi membincangkan peluang kerjasama yang berpotensi dimeterai. Pihak IBRAZ telah diwakili oleh pengarah, YBrs. Dr. Sulaiman Ismail dan penyelaras, YBrs. Dr. Wan Muhammad Shaker.

    Dalam pertemuan ini, Pengarah IBRAZ telah berkongsi secara ringkas latar belakang institusi dan usaha-usaha yang telah dijalankan dalam memperkasa pengajian Bahasa Arab di institusi ini.

    Perbincangan turut menjurus kepada ruang-ruang strategik yang boleh dimanfaatkan bersama, khususnya dalam memperkukuh laluan pendidikan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

    Semoga inisiatif ini membuka lebih banyak peluang dan memberi manfaat besar kepada perkembangan Bahasa Arab di Malaysia.