Pada 8 Julai 2025, Institut Pengajian Bahasa Arab USIM (IBRAZ) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, bertempat di Putrajaya.
Pertemuan yang dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi serta wakil-wakil JPT ini telah membuka ruang yang sangat bermakna dalam membincangkan potensi kerjasama strategik antara IBRAZ dan pihak JPT, khususnya dalam:
- Memperluas promosi kursus bahasa Arab IBRAZ di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Menyokong usaha pembangunan kursus Bahasa Arab untuk pegawai KPT ke Timur Tengah.
- Mencari ruang untuk mengisi program Akademi Kenegaraan Malaysia.

Pihak JPT turut menyatakan komitmen tinggi dalam membantu IBRAZ meneroka peluang-peluang baharu termasuk dalam bidang edutourism serta penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan antarabangsa.
IBRAZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPT atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam usaha memperkasa pendidikan Bahasa Arab di Malaysia dan peringkat global.




Leave a Reply