
Majlis Perasmian Program KIBA PPC 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Jun 2026 bertempat di Dewan Utama FPBU, USIM.




Para peserta berpeluang mengikuti beberapa sesi taklimat penting yang disampaikan oleh wakil-wakil institusi dan agensi berkaitan, antaranya:
Taklimat Pengenalan IBRAZ
Taklimat Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia
Taklimat Bahagian Tajaan Program (BTP)
Taklimat Program oleh pihak penganjur


Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Pengarah IBRAZ, Dr. Hj. Sulaiman Ismail, sebelum diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar sebagai kenangan.


Semoga program ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memberi pendedahan, maklumat dan persediaan kepada para peserta untuk melangkah ke fasa pengajian yang seterusnya.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
#IBRAZ#USIM#MajlisPerasmian#KPM




Leave a Reply