Kerjasama Termetrai antara IBRAZ dan Namida Holdings Sdn Bhd

Pada Isnin, 20 April 2026, pihak IBRAZ telah menandatangani Letter of Intent (LoI) bersama pihak Namida Holdings bagi menjayakan kerjasama pelaksanaan program antara kedua-dua pihak.

Kerjasama ini dilaksanakan sebagai persediaan awal bagi menghadapi pelbagai program pengukuhan bahasa Arab yang akan dianjurkan oleh IBRAZ antaranya pada bulan Jun Kursus Intensif Bahasa Arab di bawah Program Pelajar Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, Kursus Intensif Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar di bawah tajaan Bank Rakyat turut akan dilaksanakan pada bulan Julai. Pada bulan Ogos, dijangka pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga akan melaksanakan kursus intensif Bahasa Arab bersama IBRAZ

Kerjasama ini diharap dapat memperluas lagi jaringan strategik serta memperkasa pelaksanaan program Bahasa Arab pada masa akan datang.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *