Pengenalan Kursus
Institut Pengajian Bahasa Arab (IBRAZ) USIM turut menawarkan pelbagai kursus dan program Bahasa Arab yang bersifat fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan kumpulan sasaran. Program ini dirangka khas untuk meningkatkan kemahiran bahasa Arab dalam kalangan pelajar, guru, profesional, kakitangan universiti dan masyarakat umum — sama ada untuk tujuan akademik, kerjaya, diplomasi atau ibadah.
Berikut ialah antara kursus dan program yang ditawarkan:
- Program Latihan Guru-guru Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Agama
- Program Pengalaman Bahasa di Mesir untuk Pelajar Sekolah dan Universiti
- Program Intensif Bahasa untuk Pelajar Universiti
- Program Bahasa Arab kepada Eksekutif
- Program Asas Bahasa Arab untuk Kakitangan Universiti
- Kursus Bahasa Arab untuk Pelajar Sekolah Agama
- Kursus Bahasa Arab untuk Pelajar Sekolah Menengah (Aliran Agama)
- Kursus Bahasa Arab untuk Tujuan Diplomatik
- Kursus Bahasa Arab untuk Tujuan Keagamaan (Haji dan Umrah)
- Kursus Bahasa Arab dan Al-Quran untuk Dewasa (di Al-Azhar Al-Sharif)
- Kem Bahasa Arab (untuk Sekolah/Universiti) – Tempoh Singkat
- Program / Kursus Bahasa Arab lain (berdasarkan permintaan)
Sertai kursus Bahasa Arab bersama IBRAZ
Bahasa Arab bukan sekadar kata – ia kunci memahami Al-Quran, warisan agung, dan ilmu para ulama.
Hubungi Kami
Alamat :
Pejabat Institut Pengajian Bahasa Arab (IBRAZ),
Aras 8, Bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama,
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Emel: ibraz@usim.edu.my
No Tel/WhatsApp: +606-798 6489/6499
FB/IG: Institut Pengajian Bahasa Arab USIM

