Category: Uncategorized

  • Kunjungan Rasmi Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke IBRAZ

    Kunjungan Rasmi Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke IBRAZ

    9 Jan 2026 – IBRAZ USIM telah menerima kunjungan rasmi daripada Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu sesi perbincangan strategik bagi meneroka peluang kerjasama pendidikan, khususnya dalam penghantaran pelajar ke Jordan dan Mesir melalui Program Pelajar Cemerlang (PPC).

    Perbincangan ini menumpukan kepada cadangan pelaksanaan program persediaan akademik Bahasa Arab yang lebih tersusun, berjam kredit dan diiktiraf, bagi memastikan para pelajar benar-benar bersedia sebelum melanjutkan pengajian ke Timur Tengah, sejajar dengan keperluan penajaan pihak KPM dan JPA.

    Pihak IBRAZ menyambut baik hasrat murni ini dan menyatakan komitmen penuh untuk menyelaras aspek takwim, pelaksanaan Imtihan Tahdid Mustawa, tempoh kursus serta penyediaan modul yang bersesuaian khusus untuk kumpulan pelajar tajaan kerajaan.

    Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada satu kerjasama strategik yang lebih kukuh antara IBRAZ dan BPI demi melahirkan generasi pelajar yang lebih bersedia, berkualiti dan cemerlang dalam bidang pengajian Islam dan Bahasa Arab di peringkat antarabangsa.

  • Imtihan Tahdid Mustawa Ambilan Pertama 2026

    Imtihan Tahdid Mustawa Ambilan Pertama 2026

    IBRAZ telah berjaya melaksanakan Imtihan Tahdid Mustawa Bil. 1 pada 24 Disember 2025, yang melibatkan hampir 150 orang pelajar. Ujian ini telah dijalankan serentak di tiga pusat ujian, iaitu IBRAZ Nilai USIM, Yayasan Islam Kelantan dan Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang, bagi memastikan akses yang lebih meluas dan pelaksanaan yang teratur.

    bertutur, selaras dengan standard penilaian bahasa Arab yang ditetapkan. Keseluruhan proses penilaian akan dilaksanakan oleh penilai bertauliah dari Markaz Tatwir, Mesir, sebagai jaminan terhadap ketelusan, kualiti dan pengiktirafan antarabangsa.

    IBRAZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan ujian ini. Semoga semua calon memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan penguasaan bahasa Arab pada masa akan datang.