Bengkel Hala Tuju IBRAZ telah berjaya dilaksanakan pada 19–21 Disember 2025 bertempat di Quest Hotel Midport, Port Dickson. Bengkel ini menghimpunkan barisan kepimpinan IBRAZ yang terdiri daripada pengarah, penyelaras serta wakil pentadbiran bagi memperkukuh perancangan strategik organisasi.

Sepanjang bengkel ini, perbincangan tertumpu kepada agenda utama bagi tahun 2026 dan hala tuju IBRAZ seterusnya. Antara fokus utama yang dibincangkan ialah penstrukturan organisasi, fungsi jawatan, penetapan KPI 2026, perancangan belanjawan serta penyediaan takwim tahunan yang lebih tersusun dan berimpak.

Secara keseluruhan, bengkel ini berjalan dengan lancar, produktif dan penuh komitmen, sekali gus mencerminkan kesepaduan pasukan dalam memastikan IBRAZ terus bergerak ke hadapan secara strategik dan mampan. Semoga segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan dengan jayanya demi kecemerlangan IBRAZ pada masa akan datang.

























