Author: webmaster

  • Kunjungan Rasmi Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke IBRAZ

    Kunjungan Rasmi Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke IBRAZ

    9 Jan 2026 – IBRAZ USIM telah menerima kunjungan rasmi daripada Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu sesi perbincangan strategik bagi meneroka peluang kerjasama pendidikan, khususnya dalam penghantaran pelajar ke Jordan dan Mesir melalui Program Pelajar Cemerlang (PPC).

    Perbincangan ini menumpukan kepada cadangan pelaksanaan program persediaan akademik Bahasa Arab yang lebih tersusun, berjam kredit dan diiktiraf, bagi memastikan para pelajar benar-benar bersedia sebelum melanjutkan pengajian ke Timur Tengah, sejajar dengan keperluan penajaan pihak KPM dan JPA.

    Pihak IBRAZ menyambut baik hasrat murni ini dan menyatakan komitmen penuh untuk menyelaras aspek takwim, pelaksanaan Imtihan Tahdid Mustawa, tempoh kursus serta penyediaan modul yang bersesuaian khusus untuk kumpulan pelajar tajaan kerajaan.

    Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada satu kerjasama strategik yang lebih kukuh antara IBRAZ dan BPI demi melahirkan generasi pelajar yang lebih bersedia, berkualiti dan cemerlang dalam bidang pengajian Islam dan Bahasa Arab di peringkat antarabangsa.

  • Imtihan Tahdid Mustawa Ambilan Pertama 2026

    Imtihan Tahdid Mustawa Ambilan Pertama 2026

    IBRAZ telah berjaya melaksanakan Imtihan Tahdid Mustawa Bil. 1 pada 24 Disember 2025, yang melibatkan hampir 150 orang pelajar. Ujian ini telah dijalankan serentak di tiga pusat ujian, iaitu IBRAZ Nilai USIM, Yayasan Islam Kelantan dan Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang, bagi memastikan akses yang lebih meluas dan pelaksanaan yang teratur.

    bertutur, selaras dengan standard penilaian bahasa Arab yang ditetapkan. Keseluruhan proses penilaian akan dilaksanakan oleh penilai bertauliah dari Markaz Tatwir, Mesir, sebagai jaminan terhadap ketelusan, kualiti dan pengiktirafan antarabangsa.

    IBRAZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan ujian ini. Semoga semua calon memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan penguasaan bahasa Arab pada masa akan datang.

  • Bengkel Hala Tuju IBRAZ 2026

    Bengkel Hala Tuju IBRAZ 2026

    Bengkel Hala Tuju IBRAZ telah berjaya dilaksanakan pada 19–21 Disember 2025 bertempat di Quest Hotel Midport, Port Dickson. Bengkel ini menghimpunkan barisan kepimpinan IBRAZ yang terdiri daripada pengarah, penyelaras serta wakil pentadbiran bagi memperkukuh perancangan strategik organisasi.

    Sepanjang bengkel ini, perbincangan tertumpu kepada agenda utama bagi tahun 2026 dan hala tuju IBRAZ seterusnya. Antara fokus utama yang dibincangkan ialah penstrukturan organisasi, fungsi jawatan, penetapan KPI 2026, perancangan belanjawan serta penyediaan takwim tahunan yang lebih tersusun dan berimpak.

    Secara keseluruhan, bengkel ini berjalan dengan lancar, produktif dan penuh komitmen, sekali gus mencerminkan kesepaduan pasukan dalam memastikan IBRAZ terus bergerak ke hadapan secara strategik dan mampan. Semoga segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan dengan jayanya demi kecemerlangan IBRAZ pada masa akan datang.

    #IBRAZUSIM

  • Bengkel Persediaan Imtihan Tahdid Mustawa

    Bengkel Persediaan Imtihan Tahdid Mustawa

    Bengkel Persediaan Imtihan Tahdid Mustawa telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada Jumaat lalu dengan penyertaan yang amat menggalakkan. Program ini dianjurkan sebagai inisiatif persediaan awal bagi calon-calon yang bakal menduduki Imtihan Tahdid Mustawa, selaras dengan manhaj Markaz al-Tatwir, Universiti al-Azhar, Mesir.

    Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Hossam Ataallah Elsaid Ataallah, seorang pembimbing berpengalaman dalam pengendalian Imtihan Tahdid Mustawa. Para peserta didedahkan dengan pengenalan menyeluruh terhadap format dan keperluan peperiksaan, di samping perkongsian tips serta kaedah menjawab soalan secara berkesan.

    Diharapkan program ini dapat memberi manfaat yang signifikan dan meningkatkan tahap keyakinan serta kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi imtihan yang akan datang.

    #IBRAZUSIM

  • Imtihan Akhir Mustawa Kohot Pertama Siri ke-2

    Imtihan Akhir Mustawa Kohot Pertama Siri ke-2

    Institut Pengajian Bahasa Arab USIM (IBRAZ) dengan kerjasama Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar telah berjaya melaksanakan Imtihan Akhir Mustawa bagi kohort pertama untuk kali kedua.

    Semoga semua peserta memperoleh keputusan yang cemerlang dan dapat meneruskan ke tahap seterusnya, khususnya bagi yang masih belum melengkapkan keenam-enam peringkat kursus Bahasa Arab di IBRAZ.

  • Jalinan Kerjasama Strategik IBRAZ-JPT

    Jalinan Kerjasama Strategik IBRAZ-JPT

    Pada 8 Julai 2025, Institut Pengajian Bahasa Arab USIM (IBRAZ) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, bertempat di Putrajaya.

    Pertemuan yang dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi serta wakil-wakil JPT ini telah membuka ruang yang sangat bermakna dalam membincangkan potensi kerjasama strategik antara IBRAZ dan pihak JPT, khususnya dalam:

    • Memperluas promosi kursus bahasa Arab IBRAZ di peringkat nasional dan antarabangsa.
    • Menyokong usaha pembangunan kursus Bahasa Arab untuk pegawai KPT ke Timur Tengah.
    • Mencari ruang untuk mengisi program Akademi Kenegaraan Malaysia.

    Pihak JPT turut menyatakan komitmen tinggi dalam membantu IBRAZ meneroka peluang-peluang baharu termasuk dalam bidang edutourism serta penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan antarabangsa.

    IBRAZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPT atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam usaha memperkasa pendidikan Bahasa Arab di Malaysia dan peringkat global.