Alhamdulillah, jumlah penyertaan pada kali ini mencatatkan peningkatan yang sangat membanggakan, dengan hampir 160 orang pelajar terlibat, iaitu hampir dua kali ganda berbanding siri pertama sebelum ini.

Kami mendoakan agar semua calon diberikan keputusan yang cemerlang dan terus bersemangat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada kecemerlangan ilmu dan pembinaan sahsiah unggul dalam kalangan generasi muda.
IBRAZ turut berharap agar lebih ramai pelajar akan menyertai imtihan ini pada sesi yang akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran ini.







