
Setiap petang Rabu, para pelajar Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) akan menaiki bas menuju ke kampus USIM untuk mengikuti slot khas.


Sesi dimulakan dengan pertemuan pelajar bersama pengarah IBRAZ, Prof. Madya Dr. Hj. Sulaiman Ismail sebelum diteruskan dengan sesi tausiyah oleh penyelaras IBRAZ.

Sesi kemudian diteruskan dengan aktiviti suai kenal dan pembinaan hubungan sesama rakan dengan mengaplikasikan bahasa Arab dalam komunikasi harian bersama Dr. Siti Rosilawati. Pelbagai aktiviti interaktif dan permainan bahasa telah dijalankan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta menggalakkan penggunaan bahasa Arab secara aktif dalam kalangan pelajar.




Semoga aktiviti seperti ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertutur dalam bahasa Arab di samping mengeratkan ukhuwah sesama peserta sepanjang mengikuti program ini.




















































