Kursus Persediaan Intensif Bahasa Arab ke Universiti al-Azhar al-Sharif

Pengenalan Kursus

Kursus persediaan intensif Bahasa Arab bagi tujuan menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar al-Sharif akan dikendalikan oleh pihak Markaz Tatwir Ta’lim al-Tullab al-Wafidin wa al-Ajani di Mesir secara dalam talian di bawah pengurusan IBRAZ USIM.

Bagi bukan penutur jati Bahasa Arab, kursus ini WAJIB dilengkapkan sebelum boleh menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar al-Sharif.

Ujian Tahap Penguasaan Bahasa Arab

Kursus ini akan dimulakan dengan Imtihan Tahdid Mustawa (ITM). ITM merupakan ujian penentuan tahap penguasaan Bahasa Arab yang telah ditentukan oleh Universiti al-Azhar al-Sharif. Ujian merangkumi 4 kemahiran bahasa iaitu; mendengar, membaca, menulis dan bertutur.

Setelah pelajar selesai ITM, keputusan ITM akan menentukan tahap penguasaan pelajar seperti berikut:

TahapNama TahapKategori
Tahap 1Mubtadi’ AwwalPermulaan I
Tahap 2Mubtadi’ ThaniPermulaan II
Tahap 3Mutawassit AwwalPertengahan I
Tahap 4Mutawassit ThaniPertengahan II
Tahap 5Mutaqaddim AwwalLanjutan I
Tahap 6Mutaqaddim ThaniLanjutan II

Kursus Intensif Bahasa Arab

Pelajar akan mula mengikuti kursus intensif Bahasa Arab ini berdasarkan tahap yang telah diperoleh daripada keputusan ITM. Tempoh bagi satu-satu tahap adalah 100 jam dengan pembelajaran 4-6 jam sehari.

Modul yang akan digunakan adalah modul yang telah dibina oleh Universiti al-Azhar al-Sharif sendiri secara komprehensif.

Modul tersebut yang  boleh didapati dalam laman sesawang Markaz al-Tatwir dinamakan sebagai al-Tuhfah al-Azhariyah (Modul 1 – 6).

Penganugerahan Sijil Tamat

Pelajar harus menamatkan keseluruhan tahap (mustawa) sebelum layak mendapat Ifadah Najah (Sijil tamat) yang akan digunakan sebagai salah satu dokumen bagi kemasukan ke tahun 1 di Universiti al-Azhar al-Sharif.

Struktur Yuran

Yuran Kursus Intensif Bahasa Arab di bawah kelolaan Markaz al-Tatwir, Mesir ini merangkumi beberapa perkara termasuk yuran pendaftaran dan Imtihan Tahdid Mustawa, yuran pendaftaran pengajian mustawa (tahap) dan yuran bayaran Ifadah Najah.

PerkaraKadar
Yuran pendaftaran dan Imtihan Tahdid MustawaRM 450
Yuran pendaftaran Kursus Intensif Bahasa Arab per MustawaRM 450
Yuran pengeluaran Ifadah NajahRM 50

Nota: Yuran dan tempoh pelaksanaan kursus adalah bergantung kepada keputusan ITM yang diperoleh.

Sertai kursus Bahasa Arab bersama IBRAZ

Bahasa Arab adalah kunci memahami Al-Quran, warisan agung, dan wasilah utama kepada gedung ilmu.