Diskusi Dua Hala Antara IBRAZ dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang

Pada 23 Mei 2025 (Jumaat) yang lalu, Institut Pengajian Bahasa Arab USIM (IBRAZ) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang bagi mengadakan satu sesi diskusi ilmiah yang membina.

Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di pejabat utama IBRAZ, USIM ini bertujuan untuk memperincikan maklumat berkaitan kursus Bahasa Arab serta pelaksanaan Imtihan Tahdid Mustawa (Peperiksaan Penentuan Tahap) yang ditawarkan oleh pihak IBRAZ.

Diskusi ini membuka ruang kerjasama strategik dalam memperkukuh kefahaman pelajar terhadap Bahasa Arab serta mempersiapkan mereka dengan tahap penguasaan bahasa yang bersesuaian sebelum melangkah ke timur tengah.

IBRAZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Maahad Turath untuk hadir dan berharap jalinan ini akan terus berkembang demi manfaat pendidikan Bahasa Arab di Malaysia.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *