Imtihan Akhir Mustawa Kohot Pertama Siri ke-2

Institut Pengajian Bahasa Arab USIM (IBRAZ) dengan kerjasama Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar telah berjaya melaksanakan Imtihan Akhir Mustawa bagi kohort pertama untuk kali kedua.

Semoga semua peserta memperoleh keputusan yang cemerlang dan dapat meneruskan ke tahap seterusnya, khususnya bagi yang masih belum melengkapkan keenam-enam peringkat kursus Bahasa Arab di IBRAZ.

Comments

2 responses to “Imtihan Akhir Mustawa Kohot Pertama Siri ke-2”

  1. Nordina Hamid Avatar
    Nordina Hamid

    Assalamualaikum…
    Anak saya berada di mustawa 4 slps ujian imtihan tahdid…
    Boleh berikan laluan yg dia kena lalui slps ni…
    Sepengetahuan saya, dia kena ambil mustawa 4 (RM450), mustawa 5 (RM450) dan mustawa 6 ( percuma) dan terus ke UJIAN IMTIHAN AKHIR..
    Ujian imtihah akhir akan menentukan dia layak utk pergi tahun ni…
    Bagaimana kalau ujian imtihan akhir ini dia tidak melepasi syarat?

    1. webmaster Avatar
      webmaster

      Waalaikumussalam w.b.t.

      Betul puan. Berdasarkan keputusan Imtihan Tahdid Mustawa (ITM), laluan anak puan adalah seperti berikut:

      Mengikuti Kursus Mustawa 4
      Seterusnya Kursus Mustawa 5
      Kemudian Kursus Mustawa 6

      Sekiranya lulus dalam Imtihan Akhir Mustawa (IAM) bagi Mustawa 6, pelajar akan memperoleh Ifadah Najah, iaitu sijil kelulusan yang menjadi antara syarat untuk urusan pendaftaran pengajian di Universiti Al-Azhar.

      Sekiranya belum berjaya dalam Imtihan Akhir Mustawa (IAM) bagi Mustawa 6, pelajar tidak perlu mengulang semula Mustawa 4 dan Mustawa 5. Pelajar hanya perlu mengulang Kursus Mustawa 6 dan menduduki semula Imtihan Akhir Mustawa (IAM) bagi Mustawa 6 tersebut pada sesi berikutnya sehingga mencapai tahap kelulusan yang ditetapkan.

      Semoga penjelasan ini dapat membantu. Jika puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, pihak kami sedia membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *